Friday, April 2, 2010

KEJOHANAN HOKI MSSD PETALING PERDANA 2010

SMK Bandar Puchong Jaya (A) telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Hoki MSSD tahun 2010 telah berlangsung pada 22-25/03/2010, 29-30/03/2010 dan akan berakhir pada hari Khamis depan 8/4/2010. Kejohanan hoki ini telah berlangsung di Stadium Hoki Pandamaran, Klang. Seramai 13 orang guru telah ditugaskan bagi menjayakan kejohanan ini. Antaranya En. Gopal, En. Nawi, En. Zakaria, En. Nazri, En. Rasyid, Pn. Zamzarina, Pn. Widad, Pn. Zaikiah dan beberapa orang guru lagi. Selain itu juga seramai 14 orang pembantu pelajar yang terdiri daripada pemain hoki sekolah bertanggungjawab untuk membantu kerja-kerja pengelolaan.

SMKBPJ(A) telah menghantar pasukan perempuan dan lelaki untuk menyertai kejohanan hoki tersebut. Setelah cabutan undi dibuat pasukan lelaki berada dalam kumpulan D bersama-sama SMK Pusat Bandar Puchong, SMK Subang. SMK SEK. 11 Shah Alam dan SMK SEK 3 Bandar Kinrara. Pasukan Perempuan pula berada dalam kumpulan C bersama-sama SMK Teknik, Shah Alam, dan SMK Seafield.

Pasukan hoki(P) mendapat keputusan seri apabila menentang SMK Teknik, S.A. dan kalah penalti dengan agreget 1-0 dan keputusanya pasukan sekolah kita naib johan kumpulan dan akan bertemu johan kumpulan A.Manakala pasukan lelaki menang 3 perlawanan dan kalah 1 perlawanan. Pasukan sekolah (L) telah mengalahkan SMK Pusat Bandar Puchong 1-0, SMK Subang 3-0, SMK Seksyen 3 dengan agreget 3-0.

Keputusannya kedua-dua pasukan sekolah telah pergi ke suku akhir. Walaubagaimana pun pasukan sekolah telah terkandas untuk pergi ke separuh akhir. Pasukan hoki (P) kalah dengan SMK Bandar Sunway (johan tahun lepas) dengan agreget 0-3. Pasukan hoki (L) pula kalah dengan SMK USJ23 dengan agereget 0-3 juga.

Walaubagaimanapun, kami selaku jurulatih sekolah berbangga dengan prestasi pasukan hoki sekolah. Ini kerana pemain sekolah kita kebanyakannya terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 berbanding sekolah-sekolah lain yang pemainnya terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Pelajar sekolah kita mendapat asas kemahiran dalam hoki di sekolah menengah dan masih baru dalam permainan hoki ini berbanding pelajar sekolah lain yang mendapat asas permainan hoki ini bermula dari sekolah rendah. Semoga pasukan kita akan berusaha lagi untuk mencapai kemenangan pada kejohanan akan datang. Caiyok. caiyok..caiyok..

p/s. gambar akan diupload kemudian. Line tk berapa ok.. hehehehe.. sory

Friday, February 19, 2010

KEJOHANAN HOKI EMPAT PENJURU DAERAH PETALING PERDANA

Kejohanan empat penjuru telah dijalankan pada 11 Febuari 2010 bertempat di Stadium Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh pihak SMKBPJ(A) sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah MSSD Petaling Perdana. Ianya mendapat sambutan yang baik daripada sekolah yang terlibat iaitu SMK Sek 3 Kinrara, SMK Sek 18 Shah Alam,SMK Pusat Bandar Puchong dan SMK Puchong Perdana. Keputusannya, johan hoki lelaki dimenangi oleh SMK Puchong Perdana, naib johan SMK Pusat Bandar Puchong dan tempat ketiga SMKBPJ(A). Hoki perempuan pula telah mendapat naib johan untuk kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada yang kalah jangan putus asa.Teruskan berjuang untuk MSSD nanti.

Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang banyak menjayakan kejohanan ini terutamanya En. Nawi dan En. Gopal yang banyak berkorban masa dan tenaga. Selain itu, Kelab hoki juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pentadbir sekolah iaitu En. Abdul Ghalib Yunus dan Pn. Rohati Sood atas sokongan yang padu kepada program ini. Akhir sekali untuk kepada pihak urusetia iaitu Pn. Norzamzarina dan En. Zakaria terima kasih diucapkan kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Antara sekolah yang terlibat dalam Kejohanan 4 Penjuru

Walaupun cuaca panas terik, semua pemain tetap memberikan kerjasama yang baik. Tahniah dan terima kasih.

Tahniah kepada mereka yang berjaya. Hadiah telah disampaikan oleh En. Gopal.

Tahniah kepada pemain perempuan yang telah mendapat Naib Johan. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Rohati Sood.

Possing yang sama pengurus pasukan/jurulatih sekolah. Dari kiri, En. Nawi, Pengurus Pasukan SEMESTI, dan Pengurus Pasukan SMK Pusat Bandar.

Lega.. Pengadil Kejohanan En. Gopal dan En. Jadwi selepas selesai mengadili semua permainan.

Friday, February 5, 2010

Perlawanan Persahabatan

Pada pukul 2.30 petang pasukan hoki SMK Bandar Puchong Jaya (A) telah bertolak dari sekolah ke Stadium Bukit Jalil.Kami tiba di sana pada pukul 3.15 petang ,setelah tiba disana,pasukan hoki lelaki memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.Pada perlawanan persahabatan itu En.Nawi selaku jurulatih kami telah menjadi pengadil untuk mengadili perlawanan itu dan pasukan hoki perempuan menjadi penyokong pada perlawanan itu.Pada perlawanan pertama sekolah kami telah memenangi perlawanan tersebut begitu juga perlawanan kedua dengan mengalah SMK Pusat Bandar Puchong dengan agriget 6-2.Pelajar yang menjaringkan gol pertama adalah Tishen seterusnya Sean,Muhaimin,Amir,Asyraf dan Faiz.Pada pukul 5.30 petang,pasukan hoki Smk Bandar Puchong Jaya (A)beredar dari stadium ke sekolah dan tiba pada pukul 6.15 petang.Setelah tiba di sekolah,En.Nawi membuat refleksi dan memberikan kata semangat dan nasihat kepada pasukan hoki pada perlawanan itu dan meminta semua pemain hoki bersedia pada perlawanan akan datang.


Pemain utama SMKBPJ(A)


Cikgu Nawi(tengah) selaku pengadil untuk perlawanan persahabatan


Sedia untuk bermain dengan semangat yang kental.

Ditulis oleh : Muhammad Amir Naqqiuddin,Jai Jeevanar

Wednesday, January 20, 2010

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.
Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

1.Menggelecek
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).
Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble

Cara memegang kayu yang betul semasa indian dribble.

2. Memukul
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.

Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

3. Menolak
Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola

Teknik yang betul ketika menolak bola, hasilnya pasti meletup

4. Menerima dan menahan bola
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

cara yang betul untuk menahan bola tinggi.

* Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.

iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.

v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.


Semoga pelajar atau pemain dapat mengenalpasti dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.

Sunday, January 17, 2010

LATIHAN INTENSIF UNTUK PEMAIN HOKI PEREMPUAN

Latihan tambahan atau intensif untuk pemain hoki perempuan akan diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 4.30. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan dan latih tubi bagi meningkatkan prestasi kemahiran dalam hoki. Harap pelajar yang terlibat dapat meghadirkan diri. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

Monday, January 11, 2010

LATIHAN PASUKAN HOKI SMKBPJ (A)

Latihan hoki pasukan sekolah akan dijalankan setiap hari Khamis jam 2.45ptg-5.00 ptg. Harap semua pelajar yang terlibat dapat hadirkan diri untuk sesi latihan. Sila pakai pakaian sukan sekolah semasa sesi latihan. Latihan akan diadakan dikendalikan oleh En. Nawi dan Pn. Zaikiah. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan juga dialu-alukan. Segala perancangan latihan telah dibuat. persediaan awal ini diadakan sebagai langkah pertama untuk perlawanan hoki 3 penjuru yang kan diadakan pada awal bulan Febuari 2010. Selain itu juga sekolah kita telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk MSSD. Diharapkan pelajar dapat berusaha berlatih bersungguh-sungguh bagi memenangi kejohanan ini.. caiyok caiyok..

Pasukan kelab hoki memanaskan badan sebelum memulakan latihan.

Bersemangat.. Cikgu Nawi selaku jurulatih sekolah memberikan tunjuk ajar dan teknik yang betul untuk bermain hoki.

Pemain hoki sekolah tekun dan bersedia mendengar arahan untuk latihan.

Latihan asas menolak bola.(Latih tubi)

Cara memegang kayu hoki yang betul boleh menghasilkan pukulan yang kuat.

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010.Semoga tahun baru akan membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada semua. Saya juga berharap tahun baru ini akan memberi sinar kepada kelab hoki SMK Bandar Puchong Jaya(A)untuk terus berjaya.