Latihan hoki pasukan sekolah akan dijalankan setiap hari Khamis jam 2.45ptg-5.00 ptg. Harap semua pelajar yang terlibat dapat hadirkan diri untuk sesi latihan. Sila pakai pakaian sukan sekolah semasa sesi latihan. Latihan akan diadakan dikendalikan oleh En. Nawi dan Pn. Zaikiah. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan juga dialu-alukan. Segala perancangan latihan telah dibuat. persediaan awal ini diadakan sebagai langkah pertama untuk perlawanan hoki 3 penjuru yang kan diadakan pada awal bulan Febuari 2010. Selain itu juga sekolah kita telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk MSSD. Diharapkan pelajar dapat berusaha berlatih bersungguh-sungguh bagi memenangi kejohanan ini.. caiyok caiyok..
Pasukan kelab hoki memanaskan badan sebelum memulakan latihan.
Bersemangat.. Cikgu Nawi selaku jurulatih sekolah memberikan tunjuk ajar dan teknik yang betul untuk bermain hoki.
Pemain hoki sekolah tekun dan bersedia mendengar arahan untuk latihan.
Latihan asas menolak bola.(Latih tubi)
Cara memegang kayu hoki yang betul boleh menghasilkan pukulan yang kuat.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belatihlh jangan tidak berlatih...Harap pasukan hoki dapat mempamerkan permainan yang berkualiti...SMK BPJ(A) BOLEHHHHHHHHH...
ReplyDelete