Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010.Semoga tahun baru akan membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada semua. Saya juga berharap tahun baru ini akan memberi sinar kepada kelab hoki SMK Bandar Puchong Jaya(A)untuk terus berjaya.

Wednesday, December 16, 2009

Pengenalan Tentang Hoki

Jom kita tambah ilmu dalam sukan hoki...
Beberapa perkara perlu di beri penekanan oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek penguasaan kemahiran,pengembangan pengetahuan dan pembentukan moral.
Bilangan Pemain Dan Cara Permainan
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
Kawasan Permainan
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Kayu Hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Jangkamasa Permainan
Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

Peralatan yang lain juga penting dalam sukan hoki antaranya shin guard(diletakkan dipangkal betis), kasut yang bersesuaian, dan yang paling penting set untuk penjaga gol. Jelas disini hoki mengutamakan keselamatan pemain.

Shin guard yang wajib dipakai dalam sukan hoki

Kasut yang biasa dipakai untuk bermain di turf


Gambaran seorang pemain hoki


Set penuh untuk penjaga gol hoki. Kebiasaan set penjaga gol harganya lebih dari RM2000.. Bangga sesiapa yang dapat pakai ni.. Dah nak sama dengan set barang kemas. Hik hik hik..

Tuesday, December 15, 2009

Video Klinik Hoki SMKBPJ(A)

Kepada pelajar-pelajar yang ingin menonton video klinik hoki boleh cari di Youtube.com dengan menaip klinik hoki smkbpa. Saya telah upload video tersebut. Semoga video tersebut dapat membantu pelajar mengaplikasikan teknik2 yang telah dipelajari.
Terima kasih.

Monday, December 14, 2009

Sejarah Hoki Di Malaysia


Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.

Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Pia la Dunia.

Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.

Klinik Hoki SMKBPJ(A) 2009


Klinik hoki SMKBPJ(A) telah berjaya dijalankan mengikut perancangan.Ianya dijalankan di Stadium Hoki Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2009.Seramai 40 pelajar dipilih untuk mengikuti klinik ini. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2.
Tengok dekat sikit baru nampak... hehehe



Tunjuk ajar dari S.kuhan... Semoga apa yang telah diajar dapat dipraktikkan.




Antara yang menjayakan klinik hoki.. Dari kiri Pn. Zaikiah, S.Kuhan,Pn. Zamzarina, En. Nawi dan En. Gopal.


jutaan terima kasih kepada yang telah banyak membantu dalam menjayakan klinik hoki SMKBPJ(A).. Semoga usaha kita akan beroleh kejayaan. Insyaallah..