Wednesday, December 16, 2009

Pengenalan Tentang Hoki

Jom kita tambah ilmu dalam sukan hoki...
Beberapa perkara perlu di beri penekanan oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek penguasaan kemahiran,pengembangan pengetahuan dan pembentukan moral.
Bilangan Pemain Dan Cara Permainan
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
Kawasan Permainan
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Kayu Hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Jangkamasa Permainan
Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

Peralatan yang lain juga penting dalam sukan hoki antaranya shin guard(diletakkan dipangkal betis), kasut yang bersesuaian, dan yang paling penting set untuk penjaga gol. Jelas disini hoki mengutamakan keselamatan pemain.

Shin guard yang wajib dipakai dalam sukan hoki

Kasut yang biasa dipakai untuk bermain di turf


Gambaran seorang pemain hoki


Set penuh untuk penjaga gol hoki. Kebiasaan set penjaga gol harganya lebih dari RM2000.. Bangga sesiapa yang dapat pakai ni.. Dah nak sama dengan set barang kemas. Hik hik hik..

2 comments:

  1. Indah tutur kadang mengata,
    Cantik bahasa kadang berpura, Gurau senda kadang terluka, Gerak laku kadang mengada, Janji manis kadang terlupa, Detik hati kadang prasangka,Salah dan silap kelemahan manusia, Ampun dan maaf jua dipinta. Ceria selalu dalam REDA-NYA. SALAM MAAL HIJRAH 1431.

    ReplyDelete
  2. Sy tk pandai nk balas pantun cikgu ghalib.. SALAM MAAL HIJRAH 1431.

    ReplyDelete